Tuesday, August 24, 2010

MAJLIS KHATAMAL QURAN

MAJLIS KHATAMAL QURAN
PERINGKAT MASJID DARUL HIDAYAH
PADA 29 OGOS 2010
BERSAMAAN 19 RAMADHAN 1431H
HARI AHAD

SEBELAH PAGI
I.KUMPULAN MUSLIMAH
SELEPAS SOLAT ASAR
II.KUMPULAN REMAJA DAN KANAK- KANAK
(lelaki & wanita)
Disusuli :  
5:45 PETANG : Bacaan surah yassin, tahlil dan Doa 
              selamat YANG AKAN DIPIMPIN OLeH TUAN IMAM
6:37 petang : azan maghrib dan berbuka puasa
6:52 petang : solat maghrib dan diikuti dengan jamuan
7:47 malam  : solat isyak diikuti dengan tazkirah dan
              solat sunat terawih

MAJLIS BERBUKA PUASA ADALAH ATAS IHSAN
PIHAK PENGURUSAN LEMBAGA PELABUHAN BINTULU
DAN KITA MENGUCAPKAN BERBANYAK TERIMA KASIH.
Dengan segala hormatnya muslimin dan muslimat dijemput hadir semoga kita sama - sama mendapat rahmat dari Allah SWT dengan menghadir diri dimajlis ilmu seperti di atas terutama sekali dengan menghayati dan membaca ayat-ayat suci Al-Quran.
Sekian, wassalam.

Monday, August 23, 2010

MAJLIS BACAAN SURAH YASSIN & TAHLIL SIRI 4

Tarikh    : 24Hb OGOS, 2010
Hari        : SELASA
Jam         : 5.30 petang
Tempat : Masjid Darul Hidayah Kidurong

Muslimin dan muslimah yang dihormati sekalian,

Syukur ke hadrat Allah SWT dan dengan izinnya jua kita dapat sekali lagi
bersama mengadakan Majlis Bacaan Surah Yassin & Tahlil arwah
untuk mereka yang berhajat seperti dibawah.

Nama Peserta.
1. Ahmad Ghazi bin Ariffin 11. Zainudin bin Hj Alek
2. Hj Fauzi bin Hj Onea 12. Jahuni bin Nor
3. Sulaiman bin Sahari 13. Tinah & Mahem
4. Ahmad bin Lato 14. Samsudin bin Mohamad
5. Hamdan bin Johari 15. Rohana bte Hj Anis
6. Hajijah bte Sulaiman 16. Mohamad bin Gani
& Remazi bin Arbi & Maimunah bte Bahazim
7. Zailani bin Tani 17. Hj Lai bin Hj Mehili
8. Hamidah bte Mahmud 18. Baseri bin Abas
9. Hjh Mordiah dan Hj Sairi 19. Nurbani bte Abd. Wahab
10. Hj Baharin bin Osman 20. Hanim bte Risidi


ATURCARA MAJLIS
5.30 petang    - Ketibaan para tetamu / jemaah
                            - Bacaan Surah Yassin dan Tahlil
                               Dipimpin oleh Tuan Imam MDH
6.39 petang    - Azan Maghrib & Berbuka puasa
6.50 petang    - Solat Maghrib berjemaah
                           - Jamuan
7.49 malam   - Azan Isya’ & solat berjemaah
                           - Tazkirah
                           - Solat Sunat Tarawih
                           - Bertadarus
                           - Bersurai
 Semua dijemput hadir dan bawalah keluarga bersama.

Wassalam,




MASJID AL MUSTAQIM, RPR KIDURONG

Jumlah masjid di bahagian Bintulu kini telah bertambah kepada 12 buah. Ini kerana, Masjid Al Mustaqim yang sebelum ini dikenali sebagai surau al Mustaqim telah dinaik taraf kepada masjid. Satu majlis ringkas penyampaian sijil naik taraf kepada masjid telah berlangsung baru-baru ini yang telah disempurnakan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri Sarawak, Ustaz Hj. Kipli bin Yassin dan disampaikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid al Mustaqim, Tn. Hj. Saimi Hassan. Majlis yang berlangsung di Masjid al Mustaqim turut di hadiri oleh En. Zarni bin Rapaiee, Wakil dari Pejabat Residen Bintulu, En. Abd. Wahab Hashim, Wakil dari BDA, Ustaz Zamrus bin Buang, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu, Y.A Ust. Najarudin bin Nedri, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, semua ajk masjid dan tidak ketinggalan penduduk sekitar RPR Kidurong.
Bercakap dalam tazkirahnya, Ybhg. Ust. Hj. Kipli Yassin menjelaskan walaupun  masjid al Mustaqim bertaraf masjid tanpa solat jumaat, penduduk sekitar boleh mengambil manfaat dengan melakukan iktikaf dan solat sunat tahyatul masjid. Kebenaran Solat jumaat tidak diberikan kerana kedudukan Masjid Darul Hidayah yang merupakan masjid berjumaat terlalu hampir dengan Masjid al Mustaqim. Walaubagaimanapun, kebenaran jumaat hanya boleh diberikan kepada Masjid Al Mustaqim setelah mengambil kira beberapa faktor dan syarat wajib jumaat dipenuhi. Antaranya masjid berjumaat yang terdekat tidak mampu lagi menampung jumlah jemaah solat jumaat yang terlalu ramai dan pihak masjid tidak ada perancangan untuk memperbesarkan lagi ruang solat. Selain itu faktor persekitaran turut diambil kira termasuklah rancangan perumahan yang akan didirikan disekitar kawasan berkaitan dan faktor-faktor lain yang dikira perlu. Walaubagaimanapun, AJK masjid dan penduduk sekitar kawasan RPR Kidurong disarankan agar dapat sama-sama memainkan peranan dalam mengimarahkan masjid pada setiap masa. Majlis yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Masjid Al Mustaqim, RPR Kidurong dengan kerjasama beberapa agensi lain yang terlibat berakhir jam 10.30 malam.  

Sunday, August 22, 2010

MAJLIS AGIHAN SUMBANGAN MAJLIS ISLAM SARAWAK KEPADA MASJID DAN SURAU BAHAGIAN BINTULU

BINTULU, Sabtu- Sempena menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini,  satu majlis pengagihan sumbangan oleh Majlis Islam Sarawak kepada Masjid dan Surau bahagian Bintulu bagi tahun 1431H bersamaan 2010M telah berlangsung pada 21 Ogos 2010M bersamaan 11 Ramadhan 1431H di Surau at Taqwa, RPR Sibiew, Bintulu. Majlis penyampaian agihan ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Talip Zulpilip, Menteri Muda Pelancongan dan Warisan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan N.58, Jepak. Antara yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah Ketua Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) Cawangan Bintulu, En. Salim bin Bujang, Hakim Mahkamah Rendah Syariah Bintulu, Y.A Tn. Hj. Najarudin bin Hj. Nedri, Pegawai Agama Islam Bahagian Bintulu, Ustaz Zamrus bin Buang dan Temenggong Abang Suhaili bin Abang Mohammad.
Dalam majlis tersebut, setiap masjid dan surau yang terdiri daripada 12 buah masjid dan 59 buah surau telah menerima sumbangan berjumlah RM1000 menerusi Tabung Baitulmal Sarawak. Ini merupakan tahun keempat sumbangan seumpama ini diberikan kepada Masjid dan Surau di Negeri Sarawak oleh Majlis Islam Sarawak.